fbpx

Perkeso perkenal teknologi proton rehabilitasi pesakit kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V. Sivakumar (tiga dari kiri) menyaksikan pertukaran memorandum program TVET ketika lawatan kerja di New Delhi, India.

PUTRAJAYA- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal memperkenalkan rawatan perubatan alternatif untuk memberi sokongan perkhidmatan rehabilitasi kepada pesakit kanser.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar menerusi satu kenyataan hari ini selepas mengakhiri lawatan kerja selama empat hari ke India semalam.

“Rawatan dengan penggunaan teknologi proton itu didapati berkesan kerana setakat ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kepada pesakit barah.

“Selain kerjasama pembangunan kaedah berkenaan, Perkeso juga bercadang mewujudkan khidmat modulasi neuro untuk rawatan kecederaan.

“Teknologi moden ini mampu berupaya memulihkan para pesakit yang ada masalah saraf tunjang, angin ahmar dan masalah neurologi seperti sawan dan Parkinson,” katanya.

Ujar beliau lagi, setakat ini pihak Perkeso hanya menawarkan perkhidmatan rehabilitasi yang didapati mengambil tempoh waktu agak lama untuk proses pemulihan sepenuhnya.

“Langkah sedemikian bakal dilaksanakan agensi tersebut menerusi kerjasama dengan Institute of Brain and Spine Hospital di ibu kota New Delhi yang berpengalaman luas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI