fbpx

Peniaga bazar tidak pakai apron, tak tutup kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tian Soon (empat dari kanan) bersama Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu (lima dari kanan) meninjau operasi di bazar Ramadan Angsana Mall, Johor Bahru kelmarin.

JOHOR BAHRU – Degil tidak memakai apron, tidak menutup kepala serta tidak menjaga kebersihan diri, antara kesalahan berulang yang dilakukan peniaga bazar Ramadan di negeri ini.

Akibatnya, seramai 120 peniaga bazar Ramadan telah diberikan notis kompaun membabitkan keseluruhan nilai sebanyak RM23,000 atas pelbagai kesalahan sejak 1 Ra­madan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan ne­geri, Ling Tian Soon berkata, tindakan itu dibuat Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melalui beberapa operasi.

“Sehingga 1 April, sebanyak 2,446 premis di bazar Ramadan telah diperiksa JKNJ atau Pejabat Kesihatan Daerah dan sebanyak 120 notis kompaun sudah dikeluarkan kepada peniaga terbabit.

“JKNJ akan memberi teguran terlebih dahulu terhadap peniaga yang didapati me­langgar pera­turan penyediaan makanan dan jika kesalahan sama masih berulang, barulah peniaga ter­babit kenakan kompaun,” kata­nya selepas menyertai operasi dijalankan JKNJ di bazar Ramadan Angsana Johor Bahru Mall di sini kelmarin.

Menurutnya, operasi itu dijalankan bagi memastikan pro­ses penyediaan makanan di semua bazar Ramadan mematuhi peraturan Akta Makanan 1983.

“Kami mahu pastikan semua makanan yang disediakan bersih dan selamat untuk dimakan pembeli, khususnya mereka yang sedang berpuasa.

“Kami juga membuat advokasi kepada orang ramai berhubung cara menyalurkan aduan dengan betul sekiranya mereka terbeli makanan yang tidak bersih,” ujarnya.

Katanya, ramai pembeli ha­nya membuat aduan di media sosial, sedangkan mereka sepatutnya mengemukakan aduan lengkap kepada JKNJ.

“Sejak Ramadan dan sehingga kini, kita hanya terima satu aduan secara rasmi oleh pembeli teraniaya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI