fbpx

[VIDEO] Mahkamah: Bicara kes ubah tuntutan nafkah Sam Bunkface – Aida bersambung lagi 16 Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sam ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.

SHAH ALAM – Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini menetapkan 16 Mei depan bagi sambung perbicaraan kes tuntutan mengubah perintah nafkah vokalis kumpulan Bunkface, Sam dengan bekas isterinya Aida Azira Hussin.

Hakim Syarie Shukran Yusof menetapkan tarikh itu selepas Aida, 36, selaku defendan selesai disoal balas beberapa soalan daripada peguam syarie Liyana Sihar yang mewakili Sam selaku plaintif.

“Perbicaraan kes bersambung lagi pada 16 Mei ini,” kata hakim syarie itu.

Baru-baru ini, media melaporkan enggan berdiam diri, Sam menepis tuduhan Aida berhubung dakwaan mengabaikan  tanggungjawab terhadap anak tunggal mereka, Maleeq.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Baharum, 35, juga turut mengulas punca pindaan nafkah anak mereka dua tahun lalu, daripada RM1,300 kepada jumlah yang mampu dilunaskan yang mana ia berlaku ketika ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini kerana Sam mendakwa punca pendapatannya sangat terhad selain lebih dua tahun perniagaan turut terjejas.

Terdahulu, pada 29 Mac lalu Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka.

Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat penyanyi terbabit, selain meminta bukti andai tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti dikatakan.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit rancangan sebuah stesen televisyen pada 25 April 2015, namun bercerai empat tahun kemudian. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Utusan Digital (@utusanonline)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI