fbpx

Tarik semula keputusan keluarkan cecair vape bernikotin dari Akta Racun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan dicadangkan untuk menarik semula keputusan mengeluarkan cecair vape yang mempunyai nikotin daripada Akta Racun sehingga Parlimen meluluskan rang undang- undang kawalan produk tembakau.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh berkata, mengeluarkan nikotin daripada senarai Akta Racun supaya kerajaan boleh mengenakan cukai ke atas cecair vape juga bukan satu tindakan bijak ketika ini.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 sebelum mengeluarkan nikotin daripada senarai Akta Racun.

“Kami mendesak sekeras-kerasnya agar cadangan yang dikemukakan ini dapat diambil secara serius oleh KKM kerana kesihatan rakyat adalah perkara yang paling utama bagi kami.

“Surat bantahan secara rasmi akan kami hantar kepada Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan dalam masa terdekat agar penjelasan dapat diberikan dan tindakan awal dapat dilaksanakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Jelasnya, implikasi terhadap kesihatan rakyat dalam jangka masa yang panjang adalah jauh lebih penting daripada keuntungan yang diperoleh hasil pungutan cukai ke atas cecair vape. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI