fbpx

Kerjasama kerajaan negeri Kedah perlu jayakan LIMA’23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly ketika ditemui pemberita selepas menziarahi veteran ATM di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Kementerian Pertahanan menegaskan tiada sebarang larangan untuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyertai acara Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23), Mei ini.

Malah, menurut Timbalan Menterinya, Adly Zahari, kejayaan acara yang dijangkakan terbesar dalam sejarahnya itu juga bergantung kepada kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Kita di peringkat Kementerian Pertahanan, dasar kita mudah bahawa kalau kita nak menjayakan LIMA’23 ini, perlu ada kerjasama daripada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Saya tak tahu maklumat beliau (dihalang hadir LIMA’23), tetapi maklumat yang saya tahu bahawa beliau memang dijemput dalam pelancaran LIMA’23 di Kuala Lumpur tempoh hari dan beliau hadir,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Masrizal Ishak, 42, di Kampung Masjid Hujung, Hutan Kampung di sini yang terlantar akibat penyakit systemic lupus erythematosus  (SLE).

Akhbar melaporkan baru-baru ini, Muhammad Sanusi mendakwa beliau dilarang menyertai sebarang majlis anjuran kerajaan Persekutuan termasuk menghadiri LIMA’23.

Adly menegaskan, tidak ada sebarang pekeliling seperti didakwa Menteri Besar berkenaan sehingga hari ini yang menghalang beliau menghadiri acara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI