fbpx

Industri perniagaan negara di landasan tepat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar di Forum Perniagaan Malaysia-China sempena lawatan rasmi ke China hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan Malaysia optimistik bahawa masa depan industri perniagaan Malaysia berada di landasan yang tepat untuk terus berkembang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keyakinan tersebut disandarkan hasil rundingan dengan Kerajaan China dan pelabur berprofil tinggi dalam lawatan rasmi beliau ke negara itu.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan beliau akan memastikan urusan perniagaan dan pelaburan di negara ini dipermudahkan.

Tambah beliau, ia sekali gus membolehkan membina lebih banyak perkongsian dengan syarikat Malaysia, terutamanya dalam sektor strategik dalam memajukan hubungan yang lebih erat.

“Daripada pengalaman saya, ini tidak pernah berlaku sebelum ini, dan tidak pernah dalam beberapa tahun kebelakangan ini terdapat begitu ramai kapten industri terkemuka yang berkumpul bersama. Ini adalah permulaan baharu bagi Malaysia,” katanya ketika berucap pada Forum Perniagaan Malaysia-China sempena lawatan rasmi ke China hari ini.

Sementara itu, Anwar turut menzahirkan hasrat untuk meneruskan iltizam menjadikan Malaysia sebagai ‘Harimau Asia’ hasil peluang perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan China.

Terdahulu, Anwar dalam pengumumannya di hadapan ribuan pelabur dan komuniti perniagaan memaklumkan Malaysia memperoleh komitmen pelaburan dari China sebanyak RM170 bilion dan ia adalah tertinggi direkodkan dalam sejarah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI