fbpx

Gara-gara ganggu isteri orang, dua lelaki parah ditetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah seorang mangsa yang ditetak dalam kejadian di Cheras

PETALING JAYA – Dua lelaki cedera parah selepas ditetak dengan senjata parang dalam kejadian di Jalan Mutiara Raya, Cheras, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian pada pukul 4 pagi itu dipercayai berlaku selepas kedua-dua mangsa yang berumur 23 dan 32 tahun itu cuba mengganggu isteri suspek berumur 44 tahun.

“Pergaduhan itu dipercayai berlaku akibat salah seorang daripada mangsa cuba untuk menganggu isteri suspek. Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah kerana ditetak menggunakan parang,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, susulan kejadian itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menahan seorang wanita berumur 39 tahun dipercayai bersubahat dengan suspek utama kira-kira pukul 7.30 malam hari yang sama.

“Pihak polis juga sedang memburu suspek utama dikenali sebagai H. Heranpal Singh dengan alamat terakhir di 241, Jalan Karak, 28400, Mentakab, Pahang,” ujarnya.

Suspek yang dikehendaki polis terlibat kes tetak dua lelaki di Cheras

Zam Halim bagaimanapun menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek serta kejadian ini boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI