fbpx

Pintas Utama serah zakat perniagaan RM1.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin mencemar duli mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima penyerahan zakat Pintas Utama di Shah Alam semalam.

PETALING JAYA – Syarikat korporat Bumiputera, Pintas Utama Sdn. Bhd. (Pintas Utama) menyerahkan zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM1.5 juta di Masjid Al-Istiqamah, Kayangan Heights, Shah Alam semalam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima penyerahan zakat tersebut daripada Pengerusi Eksekutif Pintas Utama, Tan Sri Ir. Zainudin Karjan.

Majlis penyerahan zakat itu dilaksanakan bersamaan majlis perasmian masjid dan berbuka puasa Baginda bersama rakyat serta penyampaian sumbangan hari raya.

Pada majlis itu, Sultan Selangor turut berkenan berbuka puasa, menunaikan solat maghrib, isyak dan solat sunat tarawih secara berjemaah bersama rakyat.

Zainudin berkata, sebagai sebuah entiti perniagaan milik umat Islam, Pintas Utama sentiasa komited dalam usaha menyumbang membali kepada masyarakat.

Tambah beliau, usaha seperti itu sewajarnya menjadi contoh kepada syarikat korporat lain untuk membantu meningkatkan ekonomi golongan asnaf demi kelangsungan hidup mereka.

“Saya percaya, keberkatan rezeki berdasarkan kejayaan syarikat ini terselit rezeki untuk dikongsi bersama umat Islam yang lain terutamanya golongan asnaf.

“Amalan sedekah dalam konteks Islam juga merupakan manifestasi silaturrahim sesama saudara seagama seperti sebuah sistem takaful membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

Sebelum ini, syarikat yang menawarkan perkhidmatan kejuruteraan awam itu telah melaksanakan program khidmat masyarakat melalui Yayasan Pintas Utama dan membantu lebih 30 buah rumah anak yatim di seluruh Semenanjung Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI