fbpx

Empat beranak bermotosikal minta bantuan makanan undang sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video di TikTok We Love Bayan Baru tentang empat sekeluarga yang meminta bantuan makanan

PETALING JAYA – Kehadiran seorang lelaki bermotosikal ke sebuah premis bersama isteri dan dua anak demi meminta bantuan makanan, mengundang sebak orang ramai.

Menerusi perkongsian video di TikTok We Love Bayan Baru, memaparkan isteri lelaki tersebut bersama dua anak berlegar-legar mencari makanan sejurus tiba.

“Si anak-anak dan ibu berlegar-legar seperti mencari sesuatu. Si bapa tanya tentang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan e-Kasih.

“Rupanya si ibu dan anak-anak mencari makanan. Sebaknya bila si bapa beritahu stok makanan dah habis beberapa hari. Nasib ada beberapa bungkus biskut dan minuman sumbangan orang ramai.

“Bolehlah mereka berbuka dan alas perut malam nanti. Semoga adik-adik sabar hadapi ujian. Allah lindungi dan murahkan lah rezeki mereka,” tulisnya pada video tersebut.

Orang ramai yang terkesan dengan kisah tersebut turut berkongsi pengalaman dan kesedihan berdepan dengan situasi sama.

“Aku pernah jumpa orang macam ni. Susah hingga dia meninggal dunia. Bawa anak isteri naik motor memang susah hidup dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” ujar cKyDiNN.

“Kadang-kadang kita rasa kita dah susah rupanya ada lagi yang lebih susah daripada kita sampai makan pun tak ada,” komen seorang lagi pengguna.

“Orang tak rasa apa yang kita rasa saya kerja tapi kos tak cukup untuk sara anak. Saya baru kematian suami orang tak faham situasi sekarang ni,” kongsi Zalina pula. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI