fbpx

Cuepacs tolak sebarang pindaan dalam Akta Pencen 1980

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan.

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) menolak sebarang pindaan terhadap Akta Pencen 1980 bagi membolehkan pelantikan kakitangan awam ke jawatan tetap terus diberikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ini kerana kata Presidennya, Datuk Adnan Mat, langkah itu akan melibatkan pindaan kepada Akta Pencen 1980 akan memberi kesan kepada semua penjawat awam kerana mereka tidak lagi dibenarkan memilih skim tetap berpencen ataupun caruman KWSP.

Sedangkan katanya, perkara ini sememangnya sudah sedia ada dalam Akta Pencen 1980 yang memberi pilihan kepada penjawat awam sama ada memilih skim pencen atau KWSP.

“Sebarang pindaan ke atas Akta Pencen 1980 sepatutnya tidak mengurangkan apa-apa faedah yang diterima oleh penjawat awam pada ketika ini.

“Justeru, Cuepacs berharap Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut melibatkan Cuepacs dalam perbincangan bagi menyelesaikan permasalahan doktor kontrak ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, Cuepacs menyeru kerajaan supaya tidak memberi tumpuan kepada pegawai perubatan sahaja dalam soal kakitangan berstatus kontrak dalam KKM.

Ujar beliau, terdapat puluhan ribu lagi perjawatan dalam KKM dan juga kementerian lain yang juga berstatus kontrak dan menunggu masa untuk penamatan khidmat.

“Di KKM sendiri selain pegawai kesihatan berstatus kontrak, terdapat perjawatan lain yang kritikal masih berstatus kontrak antaranya seperti jururawat, penolong pegawai perubatan dan penolong pegawai kesihatan persekitaran.

” Mereka ini juga berada di sektor yang kritikal serta perlu diberi perhatian yang sama oleh kerajaan,”ujar Adnan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI