fbpx

Suami hilang selepas bertengkar dengan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharul Hanif, 25, masih belum ditemui sehingga kini.

PETALING JAYA – Seorang wanita buntu memikirkan kehilangan suaminya setelah terlibat dalam pertengkaran sejak Rabu minggu lalu.

Lelaki warga tempatan tersebut, Sharul Hanif Hasran, 25, kali terakhir dilihat di Stesen Bas Jalan Pasar setelah berlaku pertengkaran mulut dengan isterinya.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur memohon bantuan orang ramai untuk mengesan kehilangan individu tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi Sarjan Aktiviti Balai Polis Tun H.S. Lee, Mohd. Al Hafis Jaafar, di talian 0124433709 atau 03-92212222 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI