fbpx

Sehun tepis dakwaan hamilkan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEHUN

BARU-BARU ini, khabar angin mengenai teman wanita penyanyi Sehun didakwa hamil hangat diperkatakan.

Tidak hanya agensinya, SM Entertainment menafikan khabar angin tersebut sekeras-kerasnya, anggota kumpulan Exo itu juga secara peribadi menyangkal dakwaan berkenaan.

Penyanyi itu secara peribadinya menggunakan platform Bubble untuk menafikan khabar angin tersebut dan mempertahankan kekasihnya.

“Saya benar-benar marah kerana situasi ini timbul secara tiba-tiba.

“Namun, saya ingin memberitahu anda supaya jangan salah faham dan memberitahu peminat bahawa khabar angin ini tidak patut dipercayai,” katanya.

Sementara itu, SM berhasrat mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap sesiapa sahaja yang menyebarkan khabar angin berniat jahat dan palsu mengenai artis naungan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN