fbpx

Nak pinjam RM20,000, rugi RM48,560

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SIBU – Gara-gara ingin meminjam wang sebanyak RM20,000, seorang akauntan akhirnya mengalami kerugian sebanyak RM48,560 akibat ditipu sindiket pinjaman wang dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, mangsa telah tertarik dengan tawaran sebuah syarikat pinjaman wang di laman Google iaitu https://isaving.my/zh dan ingin membuat pinjaman sebanyak RM20,000.

Namun, katanya, wanita tempatan berusia 30 tahun yang bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta itu telah diperdaya oleh suspek, yang menyamar sebagai ejen peminjam wang bank di laman web terbabit.

“Mangsa telah membuat bayaran berjumlah RM48,560 ke dalam lima akaun bank secara 12 kali transaksi melalui perbankan internet dan CDM mulai 28 Mac lalu bagi urusan proses pinjaman seperti dokumen perbankan, pendaftaran, yuran pemprosesan dan pembayaran cukai bagi kelulusan segera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata mangsa juga dijanjikan pulangan semula wang setelah mendapat kelulusan pinjaman.

Bagaimanapun, Zulkipli berkata selepas membuat kesemua pembayaran, mangsa masih diminta membuat beberapa lagi pembayaran bagi tujuan pengeluaran kesemua wang.

Ekoran itu, katanya mangsa yang berasa curiga kemudian membuat laporan polis, semalam.

Justeru, beliau berkata bagi mengelak menjadi mangsa penipuan scamer, orang ramai dinasihatkan merujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan ikuti laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI