fbpx

Lelaki warga emas hilang ketika memukat dijumpai terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung dan pasukan penyelamat membawa mayat mangsa selepas dijumpai terapung kira-kira pukul 11.26 pagi tadi.

JULAU – Lelaki warga emas yang hilang ketika memasang pukat di tepi Sungai Kanowit, Kubu Brooke, Nanga Meluan di sini pada Selasa lalu dijumpai terapung, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat mangsa dijumpai oleh penduduk kampung dan pasukan penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari ketiga.

“Mayat mangsa dijumpai kira-kira pukul 11.26 pagi pada jarak dua kilometer dari Pos Kawalan Bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat Arim Badok, 70, telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pesara guru itu dilaporkan hilang pada 28 Mac lepas ketika memasang pukat di tepi Sungai Kanowit.

Menurut saksi yang merupakan rakan mangsa, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang dan kali terakhir mangsa dilihat berpaut pada bandi pada jarak 30 meter darinya.

Rakan mangsa itu cuba mencari dan menyelamatkannya tetapi tidak berjaya dan seterusnya menghubungi bomba untuk bantuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI