fbpx

EPL: Zinedine Zidane dikait sertai Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIDANE masih belum terikat dengan mana-mana pasukan ketika ini selepas meninggalkan Real pada 2021. – AFP

LONDON – Jawatan kosong yang ditinggalkan Antonio Conte di Tottenham Hotspur menyebabkan beberapa nama dikaitkan sebagai pengurus baharu kelab berkenaan termasuk bekas jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane.

Legenda Perancis itu kini masih belum menandatangani sebarang kontrak dengan mana-mana kelab selepas bertindak melepaskan jawatannya di Santiago Bernebeu pada 2021 untuk beralih angin mengemudi skuad kebangsaan negaranya.

Bagaimanapun, impian Zidane tidak kesampaian apabila Perancis memilih untuk melanjutkan kontrak ketua jurulatihnya, Didier Deschamps biarpun mereka sekadar muncul sebagai naib juara pada aksi Piala Dunia 2022 di Qatar lalu.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan untuk beliau me­nerima tawaran menjadi pengurus baharu Spurs, Zidane seakan tidak menolaknya sambil meng­akui sebagai jurulatih, beliau tidak mempunyai banyak pilihan.

“Tak boleh kata tidak terutama apabila anda menjadi seorang jurulatih. Ketika saya menjadi pemain, saya mempunyai banyak pilihan, boleh pergi ke mana sahaja kelab yang saya suka.

“Sebagai jurulatih, anda tidak mempunyai 50 kelab untuk dipi­lih. Jika saya memilih untuk pergi ke kelab itu, sudah pasti ia untuk menang. Ia bukan kata-kata yang sombong dan sebab itulah saya masih belum menyertai mana-mana pasukan,” katanya.

Kenyataan Conte pada sidang media kontroversi berkenaan mengenai budaya di Spurs yang tidak begitu dahagakan kejayaan mungkin menjadi penghalang untuk Zidane memilih menyertai pasukan berkenaan ketika beliau tidak pernah gagal me­raih trofi bersama Real sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI