fbpx

18 mati keracunan ikan buntal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham.

PETALING JAYA – Berdasarkan data Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 58 kes keracunan ikan buntal dilaporkan melibatkan 18 kematian dilaporkan sejak 1985 hingga Mac 2023.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1972 telah menerangkan dengan jelas tentang larangan penjualan ikan buntal.

“Di samping itu, Seksyen 13 Akta Makanan 1983 telah menerangkan dengan jelas larangan dalam penjualan makanan yang mengandungi bahan beracun, berbahaya atau memudaratkan kesihatan.

“Oleh itu, ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya tidak dibenarkan dijual,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQD), KKM telah menghasilkan bahan pendidikan sebagai langkah meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung toksin berbahaya dalam ikan buntal.

“KKM akan terus mendidik orang ramai tentang keselamatan makanan termasuk bahaya memakan ikan buntal.

“Tinjauan oleh FSQD, KKM pada tahun 2019 menunjukkan 86 peratus responden yang terdiri daripada orang awam, penjual ikan, nelayan dan tukang masak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang bahaya pengambilan ikan buntal,” katanya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang wanita warga emas maut, manakala suaminya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang, Johor, selepas keracunan makanan akibat makan ikan buntal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI