fbpx

Panda ‘Yaya’ kurus, tak bermaya di Zoo Memphis, Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ‘Yaya’ yang tidak terurus di zoo Memphis, Amerika Syarikat

PETALING JAYA – Kotor dan kurus. Itulah yang sedang dialami seekor panda bernama ‘Yaya’ di Zoo Memphis, Amerika Syarikat.

Menurut perkongsian oleh individu yang dikenali sebagai Lexy di TikTok, dia membawa anak lelakinya melawat zoo itu dan ternampak ‘Yaya’ seperti tidak bermaya.

“Saya bawa anak lelaki saya di zoo dan ternampak beruang panda itu seperti menanti hari-hari terakhirnya,” luah Lexy.

Dia yang sangat terkejut, merakam ‘Yaya’ yang kelihatan sedang bersandar dan berehat di sangkarnya.

Difahamkan, pakar dari China akan membawa pulang ‘Yaya’ untuk dihantar ke Shanghai bagi menjalani proses kuarantin dan pemeriksaan sebelum dipindahkan ke Zoo Beijing.

‘Yaya’ kini sedang dijaga oleh pakar-pakar dari China dan dijangka pulang ke negara asal China pada 7 April ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata simpati dengan nasib ‘Yaya’.

“Kasihan dengan ‘Yaya’. Kenapa dibiarkan sampai macam itu? Semoga Allah permudahkan segala urusan ‘Yaya’,” komen Roszilawati.

“Semoga ‘Yaya’ sihat dan dapat terus bertahan,” Luah Asmarini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI