fbpx

Gagal minta kasut gantian, Exco N. Sembilan bawa kes ke TTPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasut yang baru dibeli rosak dan didakwa tidak setanding harga sehingga satu kes bakal difailkan ke TTPM semalam.

TAMPIN – Seorang Exco Kerajaan Negeri Sembilan memfailkan satu kes di bawah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) selepas tidak berpuas hati dengan kualiti kasut sukan berjenama yang dibelinya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, beliau membeli kasut berjenama itu pada Februari lalu di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur baru-baru ini pada harga RM600.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah berkata, jahitan benang pada salah satu kasut tersebut sudah terkeluar dan meminta kakitangan di kedai tersebut untuk menggantikannya dengan yang baharu.

“Bagaimanapun, kakitangan itu memaklumkan produk itu tiada jaminan, selain mendakwa saya memakainya secara kasar dan saya syak kasut tersebut berkemungkinan daripada stok lama. Saya pakai dua kali sahaja. Saya minta ganti, tetapi mereka enggan ganti dan layanan pekerja tidak mesra pelanggan.

“Saya akan fail tindakan ini di TTPM kelak,” katanya.

Ujar Veerapan, tujuannya berbuat demikian adalah bagi menuntut ganti rugi ke atas pembelian kasut berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI