fbpx

Dua lelaki ‘rembat’ motosikal jemaah di masjid diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar seorang individu mencuri motosikal ketika jemaah sedang bersolat di Masjid Sultan Ahmad Shah Kerdau di Temerloh semalam.

TEMERLOH – Dua lelaki yang tular dipercayai mencuri motosikal di Masjid Sultan Ahmad Shah Kerdau ketika jemaah sedang menunaikan solat malam semalam akhirnya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, dua suspek berusia 19 dan 24 tahun ditahan polis bantuan di kawasan rumah pekerja ladang pada pukul 11.30 malam sama.

“Polis bantuan melihat suspek yang merupakan pekerja kontrak mengutip buah menunggang motosikal curi melalui pos pengawal untuk masuk ke dalam kawasan ladang berkenaan yang terletak 21 kilometer dari tempat kejadian.

“Polis bantuan membuat rondaan di kawasan ladang untuk mengesan suspek sebelum diserahkan kepada polis,” katanya di sini hari ini.

Berdasarkan rakaman video berdurasi satu minit 51 saat yang tular, ia memaparkan dua lelaki mencuri motosikal jemaah masjid yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta.\\

Suspek ditahan reman bermula hari ini hingga 1 April untuk siasatan lanjut. Seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah kes dadah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI