fbpx

Polis tahan lelaki ‘terjun’ landasan LRT ambil fon telinga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditahan polis kerana menceroboh landasan keretapI LRT semalam.

PETALING JAYA – Gara-gara ingin mengambil fon telinga, seorang lelaki ditahan polis kerana menceroboh landasan keretapi Transit Aliran Ringan (LRT) di stesen Taman Paramount dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 9.28 pagi berkaitan tangkapan oleh polis bantuan Prasarana.

“Ketika kejadian kira-kira pukul 8.09 pagi itu, penggera landasan berbunyi dan mendapati seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun berada di landasan LRT Platform 1 (Northbound).

“Lelaki yang bekerja sebagai seorang akauntan itu mengambil fon telinga dan menyebabkan tren tergendala selama tiga minit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah seksyen 62 Akta Keretapi 1991 (Akta 463). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI