fbpx
Jenny sanggup berhabis RM200,000 untuk bersaing dengan isteri muda suaminya supaya kelihatan cantik dan mempunyai kulit yang anjal sepanjang masa. – gambar hiasan

Bini tua berhabis RM200,000 bersaing dengan madu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang ahli perniagaan bergelar Datin Seri sanggup berhabis RM200,000 untuk sentiasa kelihatan menarik ekoran tercabar dengan kecantikan madunya.

Jenny (bukan nama sebenar), 58, berkata, wang itu digunakan untuk menjalani enam prosedur pembedahan plastik di Korea dan China sejak lima tahun lalu bagi memastikan suaminya tidak me­ninggalkannya kerana faktor usia.

Katanya, dia mengalami masalah kurang keyakinan diri sejak suaminya yang berusia 59 tahun bernikah kali kedua dengan gadis berumur 33 tahun pada 2018.

“Saya sering bandingkan kecantikan madu dengan kekura­ngan saya. Saya rasa makin tua dan wajah tidak lagi cantik sehingga suami sanggup berkahwin dengan isteri muda.

“Duit bukan masalah kerana saya mempunyai pendapatan sendiri hasil jualan suplemen kesihatan. Semahal mana pun, saya sanggup asalkan kelihatan lebih muda dari usia sebenar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Jenny, selepas enam kali rawatan, ramai orang termasuk suami memujinya apabila melihat perubahan diri terutama pada hidung, dagu, pipi, payu dara serta kelangsingan badan.

Tambahnya, dia kini menjalani rawatan susulan dalam negara dengan mengambil suntikan vitamin C dan pemutih sebulan sekali bagi memastikan kulitnya sentiasa anjal.

“Saya rasa ini sudah cukup dan yang penting suami tak tinggalkan saya apabila saya tua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN