fbpx

14 pengemis, gelandangan ditahan di pusat bandar Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengemis yang ditahan di depan sebuah bank di Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seramai 14 pengemis dan gelandangan termasuk lapan warga asing dicekup ketika mengemis di kawasan kaki lima di sekitar pusat bandar Kota Bharu hari ini.

Pengemis dan gelandangan berusia 49 hingga 70 tahun itu ditahan dalam Operasi Bersepadu Banteras Pengemis dan Gelandangan yang dijalankan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) selama tiga jam.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Rosnazli Amin berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 13 orang pengemis manakala seorang lagi gelandangan mendakwa dirinya sebatang kara.

Menurutnya, sepanjang operasi dijalankan, anggota penguat kuasa mendapati semakin ramai warga asing terutamanya dari Thailand yang mengemis di sekitar bandar ini.

“Semakin ramai pengemis dilihat mengambil kesempatan dan menagih simpati dengan meminta sedekah di kaki lima semasa bulan Ramadan,” katanya pada sidang media selepas Operasi Bersepadu Banteras Pengemis dan Gelandangan di Pejabat Penguat Kuasa MPKB-BRI di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rosnazli berkata, selain itu, kawasan sekitar masjid negeri, Masjid Muhammadi di sini menjadi tumpuan pengemis dan gelandangan semasa bulan puasa.

Katanya, kesemua pengemis dan gelandangan yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI