fbpx

Jawatankuasa ditubuh kaji keperluan kursus praperkahwinan pasangan bukan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji kewajiban kursus praperkahwinan bagi pasangan bukan Islam di negara ini.

Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata, perkara itu akan dikaji sebelum dibentangkan kepada Kabinet pada masa akan datang.

Menurutnya, kursus tersebut adalah bagi memastikan pasangan yang ingin berkahwin dibekalkan dengan ilmu kekeluargan.

“Bagi cadangan mewajibkan kursus ini kepada pasangan bukan Islam, kementerian sedang dalam proses penyedian kertas cadangan menubuhkan jawatankuasa.

“Jawatankuasa ini akan mengkaji kebolehlaksanaan perkara tersebut sebelum dibawa kepada Kabinet,” katanya pada sesi menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Aiman Athirah berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) kini mempunyai satu kursus baharu berkaitan praperkahwinan iaitu SmartStart.

“Ia merupakan modul yang ditambah baik daripada modul asal, menyediakan kaedah pelaksanaan secara fizikal dan dalam talian.

“Kursus baharu ini hanya mula ditawarkan mulai tahun 2023,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI