fbpx

Harimau Malaya jangan banyak main, kekal fokus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOMINIC

PERTAHANAN tengah Harimau Malaya, Dominic Tan mengingatkan rakan-rakan sepasukan agar tidak dibuai kejayaan menewaskan Turkmenistan Khamis lalu, sebaliknya memberi tumpuan penuh berdepan Hong Kong pada Selasa ini.

Pemain Sabah FC itu berkata, walaupun ini hanya perlawanan persahabatan, namun mereka perlu mengambil cabaran itu dengan serius, malah memberi persembahan terbaik sepanjang 90 minit permainan.

Pemain berusia 26 tahun itu teruja sekiranya sekali lagi diberikan kepercayaan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon memandangkan dia tidak tersenarai ketika pasukan negara membenam Hong Kong 2-0 pada perlawanan 1 Jun tahun lalu.

“Tahun lalu saya tidak beraksi ketika pasukan menumpaskan Hong Kong, jadi saya amat teruja untuk berdepan mereka pada kali ini.

“Bagi setiap perlawanan tanpa mengira siapa lawan Harimau Malaya, pemain perlu membuat persiapan rapi dan mengambil serius peluang yang diberikan. Saya tanam tekad untuk beri yang terbaik sekiranya diberi peluang,” katanya.

Sejak Pan Gon mengambil tugas sebagai ketua jurulatih setahun lalu, Dominic memberitahu, pengendali Korea Selatan itu banyak membantunya menjadi pemain yang lebih baik.

Katanya, Pan Gon tahu apa yang terbaik untuk pasukan dan berupaya mengetengahkan potensi pemain bagi menjadikan pemain tersebut lebih baik.

“Sejak Pan Gon mengendali pasukan, kita boleh nampak perubahan dan pasukan berada di tahap lebih baik, harapnya perkara ini berterusan hingga mencapai sasaran kita untuk ke peringkat lebih tinggi.

“Dia juga ketua jurulatih lain daripada yang lain, malah antara watak penting dalam membantu saya jadi pemain lebih baik, latihan demi latihan serta peluang beraksi bersama skuad kebangsaan, sekali gus meningkatkan keyakinan saya,” ujarnya.

Tambahnya, dia perlu bekerja lebih keras untuk memastikan terus mendapat tempat dalam pasukan negara memandangkan terdapat persaingan sengit bagi posisi pertahanan tengah.

“Persaingan itu wujud bukan hanya di posisi bek tengah tapi di setiap posisi dan persaingan secara sihat itu bagus untuk pasukan kebangsaan.

“Justeru, setiap pemain perlu mempamerkan kesungguhan untuk memikat hati ketua jurulatih untuk dimasukkan dalam senarai kesebelasan utama,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI