fbpx

Berkat Ramadan, semoga Nora Danish kekal berhijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEAYUAN Nora mengenakan hijab setiap kali Ramadan didoakan peminat agar dia terbuka hati memakai tudung suatu hari nanti.

SETIAP kali tibanya Ramadan, pelakon Nora Danish memang menjadi antara selebriti yang akan sibuk mengejar saham akhirat dengan melakukan pelbagai amal ibadah termasuk mengaji al-Quran.

Menerusi perkongsian dalam Instagram miliknya baru-baru ini, Nora berkongsi beberapa senarai semak untuk rujukan diri sendiri dan umat Islam lain sepanjang bulan Ramadan.

Antaranya melakukan solat tahajud, membaca al-Quran sekurang-kurangnya empat muka surat setiap hari dan melakukan solat sunat serta tarawih.

Di sebalik perkongsiannya, netizen gagal menahan diri kerana terpegun dan memuji penampilan Nora yang anggun serta manis mengenakan hijab berserta busana serba putih.

Rata-rata peminat pelakon drama Puteri itu memuji kecantikan Nora, malah berharap agar dia kekal mengenakan hijab sampai bila-bila.

“Nora tolong kekalkan berhijab selamanya. Alhamdulillah cantik sangat,” puji seorang peminatnya.

“Semoga istiqamah berhijab. Cantik sangat,” kata seorang pengguna Instagram.

“Masya-Allah cantik sangat Nora. Semoga terus kekal berhijab,” pinta seorang peminatnya.

Kalau tidak salah Diva, tiap-tiap tahun ketika datangnya bulan Ramadan, memang Nora akan tampil dengan imej berhijab. Untuk menghormati bulan yang mulia ini katanya. Baguslah begitu kan?

Tapi tidak mengapalah, mana tahu tahun ini hati Nora terbuka untuk terus kekal berhijab walaupun selepas Ramadan? Doakanlah yang baik-baik untuk dia dan semua orang. Tak rugi pun doakan orang lain!

DIVA: Puasa pertama dah kena ‘scam’ dengan peniaga bazar Ramadan terbeli karipap ‘oksigen’, martabak hangit. Naya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI