fbpx

Tiga beradik disyaki didera, dua dirantai tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua daripada tiga beradik disyaki mangsa dera ditemui di tepi jalan di jalan kampung di Tambun Tulang menghala Utan Aji dekat Kangar, semalam.

KANGAR – Tiga beradik termasuk dua orang kelainan upaya (OKU) yang disyaki menjadi mangsa dera ditemui di sebatang titi di jalan kampung di Tambun Tulang menghala Utan Aji di sini semalam.

Mereka yang berusia antara 13 hingga 16 tahun itu ditemui oleh orang awam yang kemudian melaporkannya kepada pihak polis kira-kira pukul 10.55 malam.

Dua daripada mereka iaitu seorang kanak-kanak yang memiliki kad OKU masalah pembelajaran dirantai pada kaki kanan bersama seorang lagi kanak-kanak normal pada kaki kiri.

Susulan itu, polis menahan seorang wanita berusia 46 tahun yang merupakan ibu kepada tiga beradik itu dan suaminya berusia 31 tahun.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, Balai Polis Simpang Empat menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menemui tiga beradik itu di lokasi kejadian pada pukul 10.55 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI