fbpx

Selangor agih 11,000 Bakul Rahmah bantu miskin tegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin menunjukkan Bakul Rahmah di perkarangan pasar raya Lotus's Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Kerajaan Selangor akan mengagihkan sebanyak 11,000 kotak Bakul Rahmah kepada golongan miskin tegar B10 berpendapatan kurang daripada RM2,500 yang dikenal pasti di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, objektif utama inisiatif menerusi Payung Rahmah diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup golongan berkenaan.

“Sebagai permulaan, Bakul Rahmat itu diagihkan kepada empat Parlimen iaitu di Kuala Selangor, Hulu Langat, Sabak Bernam dan Gombak.

“Sumbangan itu kemudian akan digerakkan ke semua Parlimen lain secara berperingkat dan berkala sepanjang Ramadan ini,” katanya selepas melancarkan inisiatif Bakul Rahmah peringkat Selangor di pekarangan pasar raya Lotus’s di sini, petang tadi.

Jelas Amirudin, kerajaan negeri mengalukan sumbangan makanan harian daripada mana-mana pihak untuk diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah dengan lebih berkesan dan bersasar.

“Kami dan KPDN Selangor amat komited menjalin kerjasama strategik dalam menggerakkan inisiatif Bakul Rahmah. Ia wajar digerakkan secara holisitik menerusi penglibatan pelbagai pihak termasuk sektor swasta,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI