fbpx

Populariti Melur Untuk Firdaus 2 tak pudar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASKHAH fenomena, Melor Untuk Firdaus kini kembali dengan musim kedua yang lebih dramatik.

PERNAH mencipta fenomena pada musim pertama, drama popular Melur Untuk Firdaus 2 (MUF2) ternyata masih mengekalkan momentum sama.

Masakan tidak, hampir setiap hari drama lakonan Meerqeen dan Anna Jobling itu sohor kini dan menjadi topik bualan netizen dalam Twitter.

Mungkin impaknya tidak sehebat musim pertama, namun MUF kekal mempunyai kelompok peminatnya sendiri.

Bagi peminatnya, jalan cerita MUF2 lebih banyak konflik dan boleh membuatkan penonton berdebar menanti episod baru setiap hari.

MUF2 yang ditayangkan bermula 16 Mac lalu pada pukul 6 petang menerusi slot Akasia itu turut dibintangi Eyka Farhana dan Azim Yusof.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI