fbpx

‘Penyembelih’ kucing perlu diheret ke mahkamah – Animal Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar bangkai kucing di dalam sebuah kondominium yang dikongsi di laman Facebook Animal Malaysia.

PETALING JAYA – Sekumpulan pegawai penyiasat dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah ke lokasi penemuan puluhan bangkai kucing di sebuah kondominium di Bandar Permaisuri, Cheras hari ini.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Persatuan Animal Malaysia, Presiden, Arie Dwi Andika berkata, pasukan penyiasat tersebut terdiri daripada pegawai penguatkuasa Seksyen Kebajikan Haiwan dan Penguatkuasaan Lembaga Kebajikan Haiwan.

Jelas Arie, pasukan tersebut akan menguruskan penyiasatan dan penguatkuasaan terhadap laporan berkaitan jenayah haiwan yang dilaporkan oleh saksi utama.

“Semoga satu siasatan terperinci dan lengkap dapat dimajukan kepada pendakwa raya dan kes boleh diadili demi keadilan untuk haiwan dan keadilan terhadap manusia.

“Biarlah mahkamah menentukan mengenai kesalahan sama ada ia perbuatan kriminal atau bukan. Animal Malaysia mahukan kes jenayah haiwan ini sampai ke mahkamah dan dibicarakan,” tulisnya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung penemuan bangkai kucing yang disimpan di sebuah kondominium di Bandar Permaisuri, Cheras, pada 11 Mac lalu.

Pada masa sama katanya, polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam kes terbabit.

Sebelum ini, Arie memaklumkan, puluhan bangkai yang dipercayai bangkai kucing disimpan di kondominium terbabit dan perkara itu terbongkar selepas pemilik rumah membuat pemeriksaan.

Kata Arie, terdapat anggota badan haiwan yang dikerat-kerat, selain daging dikisar lumat di dalam kondominum terbabit.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI