fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 7 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di tujuh buah negeri dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan, antara negeri yang terlibat adalah Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Ujar MetMalaysia, keadaan itu dijangka akan berterusan sehingga pukul 12 tengah hari nanti.

“Bagi negeri Selangor, antara kawasan yang terlibat adalah Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, manakala di Negeri Sembilan ia membabitkan daerah Seremban, Port Dickson serta Rembau.

“Di Johor pula ia melibatkan kawasan Tangkak dan Muar, manakala bagi Putrajaya dan Melaka, ia membabitkan keseluruhan kawasan di kedua-dua negeri terbabit,” ujarnya.

Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Sarawak melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong) dan Mukah.

“Untuk Sabah pula keadaan sama turut dijangka berlaku di sekitar daerah Tawau,” jelas MetMalaysia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI