fbpx

Bapa maut, anak cedera kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa di tepi jalan selepas terbabas di kawasan Bukit Dinding, Jalan Mukah - Selangau.

MUKAH – Seorang lelaki maut dan anaknya cedera setelah kereta dipandunya terbabas di kawasan Bukit Dinding, Jalan Mukah – Selangau.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 5 pagi hari ini, ketika dua beranak itu dalam perjalanan dari arah Selangau menuju ke Mukah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ketika melalui selekoh di kawasan Bukit Dinding, Jalan Mukah-Selangau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mangsa, 43, dari Rumah Pitre Ambit Tinting Mawang, Sarikei yang bertugas sebagai Pembantu Pergigian Klinik Bintangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Klinik Kesihatan Selangau.

Manakala, anak lelakinya yang berusia 19 tahun mengalami bengkak di tangan sebelah kanan.

Muhamad Rizal berkata semasa kejadian, keadaan jalan adalah basah.

Katanya mayat mangsa telah dibawa ke bilik mayat Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkuta Jalan 1987. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI