fbpx

Penunggang motosikal terbabas rempuh ruang tamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah itu kelihatan rosak setelah dilanggar lelaki tersebut. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang penunggang motosikal terbabas dan merempuh ruang tamu sebuah rumah,  lapor laman berita Liputan 6 hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos manakala kejadian berlaku di Balikpapan, Kalimantan Timur. 

Keadaan ruang tamu kelihatan rosak dan bersepah akibat dirempuh lelaki itu. 

Bukan hanya bahagian dalam rumah mangsa yang rosak, lelaki itu turut merempuh sebuah motosikal milik tuan rumah yang diparkir di tepi jalan. 

Jiran-jiran di kawasan sekitar cuba membantu mangsa yang berbaring di rumah tersebut. 

Lelaki itu didakwa pengsan atau menahan sakit akibat hentakan yang berlaku.

Sehingga kini, kronologi kejadian malang yang dialami penunggang motosikal itu masih belum diketahui.

Bagaimanapun, penghujung video tersebut menunjukkan keadaan jalan raya yang curam di hadapan rumah tersebut. Lelaki itu disyaki hilang kawalan ketika memotong kenderaan lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI