fbpx

Gadis langsing makan 3 kilogram nasi ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jai Wei Ku menghabiskan set nasi ayam gergasi yang seberat 3kg di restoran Sri Leung Pochana, Bangkok pada Rabu lalu. - Foto The Nation Thailand

BANGKOK – Seorang gadis yang merupakan pelancong Taiwan dan memiliki tubuh langsing melengkapkan cabaran di sebuah restoran di Bangkok pada Rabu lalu dengan memakan tiga kilogram hidangan nasi ayam dalam tempoh kurang sejam, lapor portal berita Nation The Nation Thailand semalam.

Jai Wei Ku memakai pakaian seragam sekolah menengah Thailand semasa mengambil bahagian dalam cabaran makan nasi ayam gergasi di restoran Sri Leung Pochana.

Pelanggan yang berjaya menghabiskan hidangan 3 kilogram nasi ayam dalam masa kurang satu jam akan memakannya secara percuma, namun perlu membayar harga penuh iaitu 650 baht (RM84.35) jika gagal berbuat demikian.

Wei Ku menjadi pemenang ke-37 cabaran itu, demikian menurut catatan Facebook restoran berkenaan yang menyatakan bahawa dia menghabiskan makanan tersebut dalam masa cuma 35 minit.

“Gadis sekolah Taiwan, Jai Wei Ku mengambil masa 35 minit untuk selesai. Sangat comel,” kata penerangan gambar cabaran yang disiarkan di laman Facebook restoran itu.

Hidangan nasi ayam gergasi terdiri daripada 2 kilogram nasi dan dan 1 kilogram ayam yang boleh digoreng, dikukus atau dibakar dengan sup serta sos panas disertakan bersama. Hidangan itu cukup lapan orang yang kelaparan, demikian menurut laporan media Thailand.

Gadis itu yang juga seorang blogger makanan, memuat naik gambar dirinya di Instagram dengan memakai pakaian seragam pelajar Thailand iaitu trend fesyen popular bagi kebanyakan pelancong wanita China. – Agensi

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI