fbpx

Anwar seru ‘kepala’ industri perniagaan Arab Saudi melabur di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar sewatu lawatannya di Arab Saudi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru ‘kepala’ industri perniagaan yang terlibat dalam sektor perdagangan serta pelbagai sektor strategik Arab Saudi untuk melabur ke Malaysia.

Menerusi hantaran di akaun Facebooknya, Anwar berkata, kerajaan juga akan komited untuk memudahkan setiap urusan kerjasama dan pelaburan antara dua negara ini.

“Sekali lagi saya menyeru mereka untuk melabur di negara kita serta menjalinkan kerjasama dengan syarikat di Malaysia dan kerajaan komited untuk memudahkan setiap urusan ini.

“Saya juga galakkan mereka untuk melabur dalam bidang yang menjadi keutamaan Malaysia iaitu teknologi digital, sekuriti makanan dan infrastruktur. Semoga usaha ini dapat perkukuhkan lagi kerjasama Malaysia dan Arab Saudi,” katanya.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan selamat tiba di negara Timur Tengah itu pada Rabu lalu sekitar pukul 6.40 pagi waktu tempatan bagi memulakan lawatan rasmi.

Lawatan rasmi yang berlangsung selama tiga hari itu akan memberi peluang untuk kedua-dua negara membincangkan isu dan kerjasama sedia ada.

Pada 2022, Arab Saudi merupakan rakan dagang terbesar, destinasi eksport ketiga terbesar dan sumber import terbesar di rantau Asia Barat, dengan jumlah dagangan dua hala berjumlah RM45.52 bilion (ASD10.26 bilion), meningkat sebanyak 159.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, eksport ke Arab Saudi meningkat sebanyak 43.8 peratus berjumlah RM7.28 bilion (ASD1.66 bilion), manakala jumlah import dari Arab Saudi mencatat peningkatan sebanyak 205.8 peratus berjumlah RM38.24 bilion (ASD8.60 bilion). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received