fbpx

Tiga lelaki dicekup curi anak kerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki yang dicekup mencuri anak kerang di perairan Assam Jawa, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Kegiatan tiga lelaki termasuk seorang warga asing mengutip anak kerang secara haram di sekitar perairan Assam Jawa di sini, tumpas selepas digempur Jabatan Perikanan, semalam.

Kesemua mereka berusia 54 hingga 69 tahun itu dicekup dalam Ops Kuar yang dilakukan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, kira-kira pukul 1 petang.

Penahanan itu membawa kepada rampasan sembilan guni berisi anak kerang dianggarkan bernilai RM5,600 dan lima tongkah yang digunakan untuk mengutipnya.

Pengarah Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, ketika serbuan kira-kira 30 individu melarikan diri ke kawasan paya bakau bagi mengelak ditahan pihaknya.

“Mereka melarikan diri dengan menggunakan sampan dan dipercayai diupah sebagai ‘transporter’ bagi kegiatan haram itu.

“Selain itu, berlaku provokasi dengan pihak yang sengaja mengalih perhatian supaya sebahagian daripada mereka melarikan diri melalui jalan laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Peraturan-Peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002, Akta Perikanan 1985. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI