fbpx

Penduduk terkejut lihat aligator gergasi lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor aligator berjalan menyeberangi sebatang jalan raya di Naples, Florida baru-baru ini. - WINK News viewer Catalina

NAPLES, FLORIDA – Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan senario seekor aligator bersaiz besar sedang berjalan melalui sebuah komuniti mewah di negeri Florida, Amerika Syarikat sehingga menggerunkan penduduk setempat, lapor akhbar New York Post semalam.

Seorang ahli meteorologi WINK, Matt Devitt menyiarkan rakaman video tersebut di laman Facebook yang menunjukkan ia berjalan menyeberangi kawasan di Forest Glen Golf & Country Club, bandar Naples pada akhir minggu lalu.

Reptilia sepanjang 3.04 meter yang berkeliaran itu mengubah kawasan kejiranan tersebut menjadi pemandangan seperti dalam filem ‘Jurassic Park’.

“Betulkah ini? Ia sangat besar!” kata seorang wanita dalam video tersebut.

Jabatan Ikan dan Hidupan Liar Florida dilaporkan telah mengeluarkan haiwan itu dari kawasan komuniti tersebut tanpa melibatkan kecederaan penduduk, lapor NBC Miami.

Florida merupakan tempat tinggal kepada kira-kira 1.3 juta aligator yang boleh ditemui di semua 67 daerah di negeri itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI