fbpx

Jangan gopoh, elak buat kesilapan – Dion Cools

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COOLS percaya skuad yang dipilih Pan-gon kali ini memiliki kualiti dan bersedia menghadapi Turkmenistan malam ini. - FB FAM

KAPTEN Harimau Malaya, Dion Cools menuntut rakan pasukan untuk memberi tumpuan penuh ketika berdepan Turkmenistan pada aksi perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Cools berkata, mereka tidak seharusnya gopoh dan melakukan kesilapan yang memboleh­kan gawang dibolosi seperti yang berlaku pada pertemuan terdahulu ketika Malaysia mengejutkan lawan itu 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beliau berkata, rakan sepasukan yang menjalani kem latihan berada di tahap terbaik dan bersemangat tinggi mengulangi kejayaan tersebut sekali lagi.

“Masih segar diingatan mengenai perlawanan itu, kita bermula agresif dan berjaya mengejutkan lawan. Satu-satunya gol yang dijaringkan pihak lawan adalah berpunca daripada kesilapan barisan pertahanan sendiri.

“Sudah pasti mereka akan belajar daripada perlawanan itu dan menganalisa corak permainan kita yang bermula dengan agresif.

“Sebagai pemain pertahanan, kita harus mengelakkan daripada melakukan kesilapan dan tidak membenarkan gawang dibolosi dalam masa sama membantu jentera serangan memanfaatkan semua peluang serangan untuk menghasilkan gol,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Pada Jun lalu, Malaysia menewaskan Turkmenistan 3-1 bagi memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2023 dengan rentak kemenangan.

Dalam pada itu, Cools memberitahu, ketua jurulatih, Kim Pan-gon membawa pemain pertahanan yang berkualiti terma­suk pemain muda seperti Feroz Baharudin.

“Saya lihat mereka semua mempunyai kualiti yang di perlukan, saya percaya hasrat Pan Gon untuk menjadi pasukan yang le­bih baik mampu tercapai.

“Berbekalkan pengalaman beraksi di liga Eropah termasuk Liga Thailand yang baru disertai, saya akan membantu sebaik mungkin untuk membantu rakan pasukan mencapai kemena­ngan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI