fbpx

Zakat Fitrah Pahang ditetapkan pada tiga kadar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Hairi (dua dari kiri) menyempurnakan majlis pengumuman kadar zakat fitrah bagi negeri Pahang di Pejabat Muip Pahang di Pekan, hari ini.

PEKAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang mengekalkan kadar zakat fitrah RM7 bagi tahun ini turut memperkenalkan dua lagi kadar zakat fitrah.

Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, kadar itu diputuskan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan jawatankuasa perundingan hukum syarak Pahang.

“Kadar zakat fitrah RM7 adalah minimum dan digalakkan bagi mereka yang menggunakan beras wangi atau beras putih import pada kadar RM14.

“Bagi (rakyat) yang menggunakan beras (jenis) Basmathi atau beras merah atau setara pula kadar zakat (digalakkan) adalah RM21 seorang,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat MUIP di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, seramai 943 amil sudah ditauliahkan oleh MUIP bagi melaksanakan urusan pembayaran zakat fitrah di seluruh negeri yang mana urusan pembayaran zakat boleh dimulakan pada permulaan Ramadan.

Katanya, selain menunaikan zakat fitrah melalui amil dilantik orang ramai juga boleh melakukannya secara dalam talian di e-zakat MUIP.

“Pembayaran melalui amil yang tidak ditauliahkan adalah tidak dibenarkan dan mereka yang menyamar sebagai amil zakat boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Syariah 2013,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI