fbpx

Umat Islam Malaysia mula berpuasa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Umat Islam Malaysia berpuasa mulai esok

PETALING JAYA – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa pada 23 Mac 2023 (Khamis).

“Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 23 Mac 2023,” katanya sebentar tadi.

Terdahulu, menurut pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI