fbpx

Ruang kreativiti terokai kuasa fotografi malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para pengunjung tidak melepaskan peluang merakam gambar dalam suasana gelap di sekitar Samsung Galaxy Space.

FUNGSI kamera pada telefon pintar menyaksikan peningkatan kualiti yang semakin bertambah saban tahun.

Bukan sekadar mempunyai banyak lensa, kualiti imej yang dihasilkan juga sudah hampir menyamai gambar yang dirakam menggunakan kamera DSLR.

Semua jenama telefon pintar juga berlumba-lumba menambah baik ciri kamera masing-masing sebagai tarikan dalam model terbaharu telefon flagship mahupun harga patut mereka.

Salah satu jenama yang sering bersaing dan tidak asing dalam mengutamakan ciri kamera terutama buat siri flagship adalah Samsung.

Tahun ini, jenama itu membawakan kamera dengan kapasiti piksel tertinggi dalam sejarah model flagshipnya. Spesifikasi ini terdapat pada model Samsung Galaxy S23 Ultra yang mana ia membawakan sensor kamera 200MP untuk kamera utamanya.

Mempromosikan kelebihan telefon pintar tersebut dengan cara yang berbeza, Samsung telah memperkenalkan Samsung Galaxy Space baru-baru ini.

Samsung Galaxy Space merupakan ruang lawatan yang dihiasi mengikut beberapa tema yang bertujuan menonjolkan kelebihan fotografi malam S23 Ultra.

Ia menempatkan empat ruangan iaitu The Alley, The Ballie, The Escape dan Splash Art yang mewakili tema tersendiri.

Di setiap ruangan, pengunjung boleh menggunakan telefon Samsung Galaxy S23 Ultra mereka atau yang dipinjam pada kaunter pinjaman peranti untuk merakam gambar sebagai kenang-kenangan.

Kelebihan fotografi malam dengan Samsung Galaxy S23 Ultra lebih terserlah meskipun pada kadar cahaya yang rendah. Ini berikutan S23 Ultra mengenakan kesan HDR pada gambarnya yang menjadikan imej yang terhasil lebih cerah.

Denny (tengah) bersama para tetamu menunjukkan barisan siri Galaxy S23 terbaharu dan melancarkan ruangan Samsung Galaxy Space baru-baru ini.

Menurut Presiden Samsung Electronics Malaysia, Denny Kim, Samsung Galaxy Space merupakan ruang yang ideal untuk mengetengahkan kuasa kamera yang terdapat pada siri Galaxy S23 khususnya S23 Ultra.

“Samsung komited untuk mencari cara bagi mencetus dan memperkasa kreativiti dalam semua bentuknya.

“Platform ini unik buat golongan belia bagi menyemarakkan kreativiti mereka sambil menerokai kuasa fotografi malam dengan siri Galaxy S23 terbaharu,” katanya semasa pelancaran Samsung

Galaxy Space yang terletak di APW, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, setiap ruang direka dengan estetik tersendiri yang mencerminkan budaya dan kreativiti yang menjangkau ruang imaginasi.

Ruang kreativiti itu telah diadakan dari 3 Mac hingga 12 Mac lalu.

Kelebihan gambar malam ini juga disumbangkan menerusi saiz keseluruhan sensor yang lebih besar.

Menyentuh lanjut mengenai S23 Ultra, bahagian pengimejannya mempunyai tiga lensa di belakang dan satu kamera hadapan. Lensa belakang peranti itu menempatkan sensor 200MP untuk sudut lebar bersama 12 MP ultra sudut lebar dan 10 MP telefoto.

Sensor untuk kamera belakang ini juga mengguna pakai Samsung HP2 yang mempunyai saiz fizikal dalam kategori 1/1.3 inci dengan saiz setiap piksel sebesar 0.6 mikron. Selain itu juga dengan sensor lebih besar, kadar zumnya lebih tinggi dan boleh pergi hingga 100 kali dengan fungsi Space Zoom.

Kamera utamanya juga miliki OIS yang membolehkan peranti ini merakam video dengan lebih stabil serta gambar lebih jelas tanpa menggunakan tripod.

Dalam keadaan mendung juga, S23 Ultra boleh merakam gambar yang lebih cerah dengan menggunakan kamera belakang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI