fbpx

Pihak berkuasa Thai keluar amaran selepas 2 maut makan belangkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua orang maut apabila memakan belangkas di wilayah tenggara Trat, Thailand baru-baru ini. - Foto Thaiger

BANGKOK – Pegawai kesihatan di wilayah tenggara Trat, Thailand mengeluarkan amaran kepada orang ramai selepas dua orang maut akibat memakan belangkas, lapor laman berita Thaiger semalam.

Lima individu lain dilaporkan telah dimasukkan ke hospital selepas memakan krustasea beracun yang boleh membawa maut itu.

Belangkas adalah makanan yang menjadi kebiasaan penduduk wilayah itu tetapi jenis yang hidup di kawasan paya bakau adalah tinggi kandungan toksik dan pernah menjadi penyebab kepada kes kematian baru-baru ini.

Bagi mengelakkan kes keracunan daripada berulang, pegawai kesihatan Trat menerbitkan infografik untuk membantu orang ramai mengetahui belangkas beracun dan tidak beracun serta menasihatkan penduduk supaya berhati-hati sebelum memakannya.

Selain itu, pegawai kesihatan menggesa orang ramai untuk mendapatkan rawatan perubatan segera jika mereka mengalami sebarang gejala selepas memakan belangkas termasuk muntah, kesukaran untuk berjalan atau tidak sedarkan diri.

Kejadian baru-baru ini bukanlah yang pertama seumpamanya di Thailand kerana pada 2020, seorang wanita di Phuket meninggal dunia selepas menangkap dan memasak belangkas di rumah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI