fbpx

Lelaki ditahan ‘tampar’ muka wanita guna piza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alfonso didakwa menampar muka seorang wanita dengan sekeping piza semasa pertengkaran di Marion, Florida. - iStock

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang lelaki di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas dia didakwa menampar muka seorang wanita menggunakan sekeping piza semasa mereka bertengkar, lapor stesen penyiaran Fox News semalam.

Anggota polis mengunjungi sebuah kediaman selepas menerima panggilan kecemasan mengenai dakwaan keganasan rumah tangga, kata Pejabat Syerif Daerah Marion dalam afidavit penangkapan.

Di lokasi kejadian, suspek yang bernama Ortelio Lazaro Alfonso, 39, memberitahu bahawa dia bertengkar dengan seorang wanita.

Mangsa memberitahu bahawa dia ditampar di pipi kanannya menggunakan sekeping piza semasa bertengkar selepas Alfonso menjadi marah apabila mangsa mendisiplinkan individu lain dalam rumah tersebut.

Sos piza ditemui pada bahagian hadapan, kolar dan belakang baju mangsa serta di rambut dan telinganya. Mangsa membiarkan polis memeriksa kediaman tersebut di mana mereka menemui sos piza pada dinding dan siling dapur.

Alfonso kemudian ditahan dan mengaku bertengkar dengan mangsa. Bagaimanapun, lelaki itu mendakwa dia hanya melempar kepingan piza itu dan terkena muka mangsa.

Alfonso yang ditahan atas tuduhan melakukan serangan fizikal bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI