fbpx
Bantuan RM400 juta kepada golongan B40 dan M40 untuk menunaikan haji pada tahun ini sepatutnya diagihkan kepada pendeposit. – Gambar hiasan

Dahulukan agih keuntungan kepada pendeposit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bantuan dana RM400 juta oleh Tabung Haji kepada golongan B40 dan M40 boleh dipertikaikan kerana keuntungan itu sepatutnya di­agihkan kepada pendeposit.

Pengarah Program MBA, Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, TH sepatutnya tidak terbeban untuk menampung sebahagian kos haji yang meningkat setiap tahun kerana ibadat itu tidak wajib sekiranya seseorang itu kurang mampu.

Katanya, akta TH menyebut bahawa untung dan nilai asetnya perlu lebih tinggi daripada deposit sebelum memberikan hibah.

“Dalam keadaan sekarang, terdapat sembilan juta pendeposit TH terkesan hanya kerana mahu membantu segolongan kecil yang tidak wajib menunaikan haji.

“Keutamaan perlu diletakkan di tempat yang sepatutnya dan TH perlu mencari sumber lain untuk membantu golongan ini,” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin TH mengumumkan bantuan sebahagian kos mengerjakan haji sehingga 64 peratus kepada golongan B40 dan M40 me­libatkan dana sebanyak RM400 juta.

Sehubungan itu, Ahmed Razman berkata, TH dijangka mengekalkan jumlah agihan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2022 pada paras 3.1 peratus bagi mengelakkan kehilangan pendeposit.

“Situasi ekonomi yang tidak menentu juga mengakibatkan agihan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merosot. Agak sukar bagi TH memberikan keuntungan lebih rendah kerana akan meningkatkan risiko penyimpan mengeluarkan wang,” katanya.

Ujar Ahmed Razman, pemindahan dilakukan untuk mendapatkan pulangan lebih baik kerana pada Kadar Dasar Semalaman 2.75 peratus ketika ini, ada bank yang boleh memberikan pula­ngan sehingga tiga peratus untuk simpanan tetap.

“Jadi, TH perlu kekalkan kadar agihan seperti dua tahun sebelum ini.

“Cabaran TH ialah jumlah depositnya semakin bertambah setiap tahun jadi ia perlu me­ngagihkan keuntungan melebih RM2.46 bilion pada tahun lalu,” katanya.

Tambahnya, penggunaan wang kerajaan untuk memberi bantuan kewangan kepada jemaah haji juga wajar dielakkan dan pihak TH sebaiknya cuba mendapatkan sumber kewa­ngan daripada pihak lain.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kriteria pemeriksaan kesihatan bagi bakal haji dikekalkan bagi memastikan mereka berada pada tahap baik ketika berada di Tanah Suci.

“Saringan kesihatan yang ketat membuatkan peratusan jemaah haji pada musim lalu yang mendapatkan rawatan atau ma­suk wad amat rendah.

“Oleh itu, setiap bakal jemaah haji wajib menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor di klinik-klinik yang diiktiraf,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN