fbpx

Budak dua tahun menangis nak ikut abang masuk kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang kanak-kanak menangis ekoran tidak dapat mengikuti sesi persekolahan bersama abangnya.

Petaling Jaya – Gelagat seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang dilihat menangis ekoran tidak dapat menyertai sesi persekolahan bersama abangnya menarik perhatian ramai.

Rakaman yang dikongsikan ibunya, Siti Shuada di TikTok semalam memperoleh 38,000 tanda suka dan rata-rata orang ramai tercuit dengan kecomelan kanak-kanak tersebut.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak berkenaan menangis teresak-esak sehingga enggan mengikut ibunya pulang disebabkan mahu berada di dalam kelas bersama abangnya.

Difahamkan, situasi tersebut merupakan percubaan kali keduanya untuk berada di sekolah mengikuti sesi pembelajaran seperti mana kanak-kanak yang lain.

“Ibu tak tahan nak gelak sayang, masa abang dulu sampai menangis tak nak sekolah, masa awak nak sekolah pula.

“Kecewa hari kedua sekolah ‘halang’ anak ibu nak sekolah, tak apa sayang esok-esok kita cuba lagi,” kata wanita itu.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai selain mencadangkan beberapa tempat untuk kanak-kanak tersebut mencuba nasib.

“Tak apa adik, nanti cuba masuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), insya-Allah abang doakan” komen Feezzxmarcello7.

“Cuba Universiti Malaysia Sarawak, cakap kat dia kalau nak beli tiket kapal terbang saya boleh ajarkan” seloroh Cik_Sonic. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`