fbpx

15 pokok tumbang hempap enam kenderaan, tujuh rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang rosak dihempap pokok tumbang dalam kejadian di sekitar Petaling Jaya, malam tadi.

PETALING JAYA – Tujuh buah rumah dan enam kenderaan rosak akibat dihempap 15 pokok tumbang ekoran angin ribut di Taman Desa Riang, Damansara Damai, di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.19 pagi tadi.

Katanya, seramai 29 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, BBP Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami dimaklumkan terdapat 15 pokok tumbang di lokasi terbabit membabitkan tujuh rumah yang terjejas di bahagian hadapan.

“Dalam pada itu, enam kenderaan yang diletakkan di tepi jalan juga terjejas akibat dihempap pokok tumbang berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Morni, kerja-kerja pemotongan sisa pokok tumbang sedang dilakukan oleh pihak bomba.

“Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam insiden ini.

“Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada angin ribut yang kuat berlaku waktu itu,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI