fbpx

Lelaki, wanita Filipina dicekup bawa 34 kg ganja dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (tiga dari kanan) menunjukkan sebahagian bungkusan berisi ganja yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Gua Musang, sebentar tadi. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang lelaki dan seorang wanita warga Filipina ditahan selepas dipercayai membawa dadah jenis ganja bernilai RM85,000 dalam pemeriksaan di Kilometer 8, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran Tanah Putih di sini, semalam.

Lelaki warga tempatan berusia 24 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Axia dan penumpang wanita berusia 46 tahun itu diberkas kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pemeriksaaan di dalam kereta itu menemui sebanyak 34 bungkusan ketulan mampat daun kering di bahagian tempat duduk penumpang belakang.

Katanya, ketulan daun yang dipercayai dadah jenis ganja seberat 34 kilogram itu dipercayai diperoleh dari negara jiran serta dibawa ke Kuala Lumpur untuk dijual di pasaran Lembah Klang dan dibungkus di dalam kotak syarikat kurier.

“Polis percaya ia merupakan penghantaran kali kedua oleh suspek dan ujian saringan air kencing mendapati, suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine, manakala wanita itu negatif dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, hari ini.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI