fbpx

Kerajaan cadang pelepasan cukai klinik pergigian swasta pinggir, luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelepasan cukai klinik pergigian swasta berkenaan akan diajukan kepada Menteri Kewangan. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

KUALA LUMPUR -Kerajaan bercadang memberi pelepasan cukai kepada klinik pergigian swasta di kawasan pinggir serta luar bandar.

Perkara berkenaan diutarakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2023 dan Pelancaran Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, hari ini.

“Timbalan Menteri Kesihatan (Lukanisman Awang Sauni) tadi menyuarakan kita perlu salah satunya tingkatkan servis dalam bidang pergigian, khususnya di pinggir, luar bandar di kawasan kurangnya fasiliti sama ada di peringkat kerajaan mahupun peringkat swasta.

“Jaringan hubungan antara kesihatan awam di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), persatuan dan klinik swasta dapat tingkatkan pembukaan perkhidmatan pergigian walaupun kita ada ‘mobile clinic’.

“Tetapi ia tidak mencukupi. Sebab itu satu daripada permintaan mereka (doktor pergigian) adalah pelepasan cukai. Apabila mereka membuka klinik pergigian, ia membantu mereka dari segi kos.

“Insya-Allah saya akan kemukakan perkara berkenan kepada Kementerian Kewangan bagi menyokong usaha ini,” katanya ketika sidang akhbar, petang tadi.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni dan Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA), Dr Lim Chiew Wooi.

Sementara itu, Lukanisman pula berharap Perdana Menteri dapat menambah fasiliti pergigian di kawasan bandar dan luar bandar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI