fbpx
Gambar hiasan

‘Guna bahu jalan selesa, boleh elak kesesakan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Rata-rata penunggang motosikal mendedahkan mereka tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menggunakan lorong kecemasan sebagai alternatif bagi mengelakkan kesesakan selain  beranggapan laluan itu adalah paling selamat.

Ini berikutan terdapat beberapa lebuh raya yang tidak mempunyai laluan khas motosikal, sekali gus menyukarkan pergerakan mereka.

Seorang pekerja swasta, R. Morhaneraj, 34, berkata, ini adalah nasib sebagai penunggang motosikal dalam mengharungi kehidupan di Lembah Klang yang memerlukan bergerak pantas.

“Mana-mana jalan di Lembah Klang semuanya sesak, hendak guna laluan biasa kadangkala ada pengguna kereta yang menu­kar laluan tanpa memberikan isyarat.

“Jadi, penunggang motosikal sebenarnya berada dalam ke­adaan tiada pilihan. Lorong motosikal pun bukan semua lebuh raya ada,” katanya kepada ­Kos­mo! semalam.

Penunggang motosikal lain, Johari Ibrahim, 56, turut me­negaskan, hanya lorong kiri atau lorong kecemasan sahaja boleh digunakan pada waktu puncak.

“Habis hendak lalu mana. Hak kami sebagai pengguna jalan raya bagaimana pula sebab semua laluan telah ‘dikuasai’ kenderaan lain.

“Tiada siapa mahu kemalangan, jika individu yang memandu kereta ada pengalaman menunggang motosikal, sudah tentu mereka akan lebih simpati kepada golongan seperti kami,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN