fbpx

Diskaun saman trafik hingga 60 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menawarkan pengurangan kadar kompaun dan saman sehingga 60 peratus sempena Hari Polis Ke-216.

PDRM menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, tawaran itu diberikan bermula hari ini sehingga 31 Mac.

“Tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60 peratus tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara.

“Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan seperti kemalangan, bicara mahkamah, waran, kenderaan berat, memotong secara bahaya, menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat, pengubahsuaian ekzos dan saman Op Selamat,” katanya.

Menurut hantaran itu, orang ramai yang mahu membuat bayaran boleh mendaftar MyBayar Saman dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi portal https://mybayar.rmp.gov.my, Google playstore, Apple Store dan Huawei Appstore. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI