fbpx

5 buah sekolah di Johor tidak dapat operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MD. SAID beramah mesra dengan seorang murid merupakan mangsa banjir pada hari pertama pembukaan persekolahan sesi 2023/24 di SK Sri Pandan, Batu Pahat hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

BATU PAHAT – Sebanyak lima buah sekolah di Johor masih tidak dapat beroperasi sepenuhnya pada hari pertama pembukaan persekolahan sesi 2023/2024 berikutan banjir yang belum surut.

Pengarah Pendidikan Johor, Md. Said Md. Daimon berkata, sekolah itu membabit tiga di Batu Pahat dan dua di Segamat dengan kira-kira 2,000 murid belajar secara PdPR.

Ujarnya, tiga sekolah di Batu Pahat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Mendapat, SK Tanjung Semberong dan SK Sri Nasib Baik.

“Dua buah sekolah di Segamat pula ialah SK Pogoh dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)di Buloh Kasap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat SK Sri Gading dan SK Sri Pandan, Parit Raja di sini pada hari pertama pembukaan persekolahan sesi 2023.

Md. Said berkata, dua sekolah di Segamat ini mengalami masalah ketiadaan elektrik, yang mana masih belum mendapat pengesahan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk digunakan.

Menurutnya, sekolah berkenaan dijangka mula beroperasi pada hari esok selepas disahkan selamat oleh Jabatan Kerja Raja (JKR)

Tiga sekolah di Batu Pahat yang terlibat dengan banjir, berikutan sekolah tersebut dinaiki air dan laluan ke sekolah itu yang masih dinaiki air.

Menurut Md Said, masih terdapat 40 buah sekolah di daerah ini dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa-mangsa banjir termasuk pelajar sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI